4 Al-Farabi

Keluarga 4 Al-Farabi 2017


Sebelum cuti penggal kedua haritu , di dalam surau ...

" Dijemput ust. Hijazi untuk memberikan ucapan " . Kata Pengerusi Majlis .

" Assalamualaikumwarahmatullahibarakatuh .... bla bla bla ....sempena dengan bulan ramadhan nanti , kita akan adakan pertandingan bla bla bla ... ( aku tidur time ni ) menghias kelas bertemakan hari raya . Haa sekian terima kasih " . 

Bermulalah cuti dua minggu ... 


Aku sebagai ketua keceriaan kelas entah apa-apa , kalau tidak Syaida , tapi lelaki kan pemimpin . Huhh What ever . Sebut ja keceriaan kelas , sel-sel otak aku mula berhubung sebab baru lepas dugro (susu baby) . Tadak ahh , otak aku ligat berfikir macam mana la nak hias kelas , dah la tangan takdak seni , ada hati nak hias . Ashiooo , aku resah . Gambaran 4 Al-Farabi mula terbayang di fikiranku . Hmmmm . 

Raya ? Ketupat , lemang , lampu raya muncul di kotak fikiran . Cikgu-cikgu selalu kata fikir luar kotak , Tak sangka ada kotak dalam kepala aku . Eh  , Tapi difikirkan , aku ada pembantu . Namanya Syaida Raihani Bt. Surahman . Allahuakbar , tangan seni bukan main . Tapi selalu buat muka pelik , aku pon tapaham . Doesn't matter , yang penting kesenian yang dia ada . Aku tanya la dia sikit-sikit . Bawak keluaq duit , korban la sikit , nama pon ketua kan . 

Berita buruknya , lepas cuti aku ada kem , Seminggu pulak tu , Haaaaaa . Jadi , aku tak dapat join penolong aku buat kerja . Hahahaha , aku redha ja . Ketakutan aku mula hadir . Sebab ? Ingat budak Farabi ni rajin sangat ka ? Aku pon entah la , taktau nak cakap . Susah kalau tak bagi kerjasama nii . Hmmm aku harap sangat budak kelas aku dapat tolong Syaida , Kalau tak mati kering la dia sorang-sorang dalam kelas tu . Tak dan nak merasa raya dah ninggal . 

Selepas cuti 2 minggu , Kem memanggil aku dan yang terlibat ...


Jumaat , Kami balik dari kem . Balik rumah la . Rancang nak balik sabtu , tapi sebab ada masalah teknikal sikit , aku kena balik hari ahad . Iqbal , Muhammad and Pidep balik hari sabtu . Depa rajin . Aku ada apa la . Dalam kereta , Hatiku meronta-ronta nak balik maahad , nak tengok kelas apa jadi . 

" Cepat la sampai , cepat la ".Hatiku berbisik .

Bila dah sampai , barang aku letak dalam dorm , selesai salam dan mintak restu dari umi dan ayah , Aku menggalas beg , bergegas menuju ke sekolah . Fikiranku bercelaru , Aduuuuhh . Tangga ku naiki macam Usain Bolt , kira aku lagi hebat arr . Usain Bolt lari stratight ja , Aku lari naik tangga pusing-pusing haaa , bukan nak tipu . Tipu kan dosa . Hehehehe . Pintu kelas ku buka .

" Ya Allah , Wehhh tak percaya aku , betoi ka ni kelas aku . Bappak ahhh lawa gila . Tak sangka budak kelas aku pandai hias macam nii " . Aku tergamam . 

Aku tengok kad raya macam-macam kreativiti ada , Semuanya cantik-cantik . Sampul duit raya dilekatkan di papan putih . Lemang di dinding . Seakan aku sedang bermimpi .Dalam hati , Aku memuji Syaida sebab dapat buat kerja dengan sangat baik. Niatku takmau tinggalkan kelas , tapi azan berkumandang , So , kena la sembahyang . 

Tak lama lepas tu , ustazah bekalkan lagi barang-barang perhiasan , kertas warna , lampu raya , ketupat , macam-macam la . Kertas warna digunakan untuk menulis kata-kata hikmah , ketupat digantung . Lampu raya dilekat oleh Adli , Iffat , Pakya dan lain-lain . Tak percaya kan ? Tapi tu la hakikatnya . Farabians memberikan kerjasama yang sangat baik . Aku bangga . Bukan senang kelas yang ada lelaki ni nak tolong hias , nak buat kerja-kerja macamtu .Err , Tolonglah . 

Rabu , 

Waktu prep pon kami guna untuk hias kelas , sebab puasa , semua pakat tak larat nak koko , so diberhentikan seketika . Tengah hias , tiba-tiba nampak budak pompuan dok bisik-bisik . Syaida pulak dok tengok-tengok aku , senyum terpaksa , tak ikhlas . 

" Awat wehh ? " Tanya aku .

" Ahhh , tak dak papa " . Syaida membalas . Riak wajahnya bersalah . 

Aku dapat membaca walaupun tak tepat . Aku sangka pertandingan hias kelas nii cikgu dah ambik markah , kami tak sempat nak siapkan sepenuhnya lagi . Aku mula resah . Aneesa , Aqilah , Sabrina dan syaida , menampal kertas di dinding . Muka aku berubah , Aku putus asa . Budak-budak lelaki lain sibuk sedang menyiapkan meriam gergasi hak milik Farabi . Tapi ada sinar baru lepas Aqilah kata insyaAllah ada pertandingan tu . Kami pun sambung buat kerja . 

Lampu disettlekan oleh Iffat , Adli Pakya dan lelaki yang terlibat . Peah , Soffiyah gunting kertas bentuk puzzle . Danial , Anas , Naufal tolonng aku lekat kertas kat dinding , Muhammad , Iqbal , Syahmi , Azrul , Pidep tolong lekat sampul raya . Fatimah , Aini , Hanim , Auni , Aidayanne , tolong koyak kertas . Sabrina , Aneesa , Aqilah , Syaida tolong lekat kertas . Yang lain buat hingaq jaa . Hahahaha . 

Khamis , sebelum rehat ...

Kami belajar seperti biasa , Tiba-tiba waktu Matematik Moden , Cikgu Aifaa , Ustazah Suhaida atau lebih gemar dikenali Bonda , masuk ke kelas kami dari pintu belakang untuk menilai markah untuk kelas kami sambil tak terlepas peluang mengambil gambar , ( Boleh rujuk gambar atas , tu yang jadi macam tu , Tak boleh tengok camera . Hahaha )

Lepas rehat ...

Kami berkumpul di surau , untuk majlis penutupan Ihya' Ramadhan 2017 . Selepas ucapan , tiba masa yang ditunggu-tunggu , HADIAH . pertandingan tu pertandingan ni bla bla bla , 

" Pertandingan takbir raya , Naib johan jatuh kepada kumpulaaaaan , Ust. Den .... " 

Kami bersorak sebab majoritinya budak Farabi . Alhamdulillah . 

" Bagi pertandingan menghias kelas , tempat ketiga jatuh kepada ..." Aku mula terketar .

  " 2 Sumayyah ... "

" Naib johan untuk pertandingan menghias kelas ialah ......"  Lengan baju aku butangkan , siap sedia . Kononnya nak pi ambik la .

" 4 Al-Farabi ... " 

Baru aku nak bangun , tapi Danial dah pi , apakan daya , jawatan ketua kelas lebih tinggi . Aku kembali duduk . Aku bangga walaupun tak seberapa , tapi ada la jugak hasil dari usaha kami . Hadiah berupa duit tunai berjumlah RM 40 ringgit dah cukup untuk kami . Duit tu akan dimasukkan ke dalam duit kelas . Yang johan aku dah tak ambik kesah , sebab bukan kelas aku dan target aku , Bulan Kemerdekaan . Lepas tamat majlis , kami pon bersurai 

Apa-apa pun , Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua , sebab bagi kerjasama yang sangat cemerlang , daripada yang tak pernah bergerak dari kerusi , bangun untuk tolong . Terima kasih , Aku amat menghargai . Harapnya Syaida pon macam tu . Aku gembira tak terkira . 

Itu sahaja dari saya , Terima kasih 

Hidup Farabi !!! 





Comments