25 ogos 2017
" Wehh nk pi mana ? Tunggu aku "
" Nk pi prep , Haa cepat la . " Jawab Madrep .
Aku , Muiz , Madrep dan Syawal berjalan menuju ke bangunan pentadbiran untuk prep malam .
" Usrah pakya wat bakaq ayam ann ? jom pi pau pakya sikit . "
Kami berjalan menuju ke tempat parking guru , terlihat ahli usrah pakya sedang membakar sosej , banyak , sedap .
" Pakya , mai ayam sikit , sorang seketoi " Muiz bersuara .
" sorang seketoi berat arr , dalam 2 3 ketoi bleh ahh "
" Haa bleh la 3 ketoi pon " Jawab aku .
Kami terus naik ke kelas Khawarizmi , sebab kelas aku memang takdak orang . Letak beg , Bawak keluar buku kima letak atas meja . Syawal , Madrep dengan Muiz makan burger yang dibeli daripada Cikgu Ahda petang tadi . aku hanya melihat sambil baca surat khabar . Setelah selesai , Budak budak akaun ni buat addmath . Aku teruskan pembacaan aku .
" Fellay , ayam ada dekat bawah , pi ahh dekat kelas hang " Ujar kaie dari belakang .
Aku terus memecut macam Justin Gatlin ( Sebab Usain Bolt dah kalah ) Turun tangga . demi ayam bakaq . Aku buka pintu belakang kelas sekuat hati , sambil jerit AYAMMMM !!! Aku meluru ke arah Madrep yang pegang pinggan ayam .
" Haa , nahh ni untuk hang , kita share dua " . Kata Madrep .
aku pon ok ja , makan tak sempat duduk dah habis . Nikmat wehh .
10.30 malam ...
Waktu limit untuk prep , aku dah rasa duduk terlalu lama , sebab esok tu nak buat eksperimen ja , so takdak kerja . Aku pun pulang ke asrama . Tengok makanan dewan makan , tak lalu , Aku terus menuju ke dorm .
Dah letak semua barang , aku keluar untuk ke tandas , tapi jalan dihalang oleh budak budak form aku sendiri , semua muka masam .
" Kenapa ni ? "
Senyap ,
" Awat wehh , jawab la " . Aku mengulang .
" Dah ahh , takdak apa la " . Semua pergi , Aku bingung .
Aku masuk ke dorm ilham untuk lepak , tengah sembang sembang , Fahimi datang mintak tukar duit dengan adli , Aku guna la peluang ni nak tanya .
" Madrep , ada kat hospital , jatuh " .
Aku tersentak .
Semua form 4 berkumpul dalam dorm ilham , cerita apa yang dah jadi .
Aku keluar ke bilik membasuh , ambik wudhuk , Aku solat hajat dan baca yassin .Aku niat dan berdoa supaya dia dapat disembuhkan dengan cepat . Sujud terakhirku panjang , meminta pada Tuhan . Selesai solat , aku bukak loker Madrep , Aku kemas barang dia untuk cuti seminggu ni , aku ternampak baju raya dia , aku masukkan sekali dalam beg , Hati kecilku berkata kalau dia sihat , boleh pakai baju ni untuk sembahyang raya , lepas aku kemas , aku ambil kain Madrep , letak kat muka , Aku tidur .
3.00 pagi ...
" Apa nii ? " Aku bertanya .
Aku terjaga sebab dengar orang nangis kuat , aku bangun , aku nampak haikal radzi menangis , ilham cuba menenagkan dia , Aku tanya kenapa .
" Madrep , dah x dak ....." . Ilham membalas .
Otak aku tiba tiba berhenti proses , adrenalin mengalir , hanya degupan jantung sahaja yang bergerak . Dalam hati aku , tu sekadar melawak . Tipu . Aku tak percaya . Air mata tiba-tiba mengalir .... menitik .
Aku keluar , nampak dorm 29 lampu terbukak , aku meluru ke dorm tu , aku tengok ramai yang dah ada , sambil ku pegang kain pelikat Madrep . Aku menangis tak percaya , Aku kemas baju dia untuk seminggu , tapi dia pergi untuk selama lamanya , Ya Allah . Jantung seolah olah berhenti berdegup .
Aku tak mampu bayangkan , Kami semua tak tidur lepas tu , Sampai ke subuh . Aku ke bilik air , Ambik wudhuk , Aku solat hajat . Berdoa supaya dosanya diampunkan , ditempatkan di tempat yang mulia dan masuk syurga . Sahabat sahabat yang lain , cuba menenangkan .
5.00 pagi ...
Aku mandi , Pakai jubah dan kain Madrep , Pakai kopiah , Aku turun surau . Aku buka lampu dan kipas , Aku solat sunat tahajjud 2 rakaat , dalam solat aku terbayang muka dia , Aku tak mampu teruskan solat sunat seterusnya . Air mata ku mengalir . Aku tidur sementara tunggu waktu subuh . Masa sembahyang , semua form 4 mengalirkan air mata kerana sebaknya kehilangan seorang insan yang sangat rapat . Setelah selesai , ustaz sobri memberi ucapan , Aku lihat riak wajahnya tidak tahu mahu mula bagaimana .
" Assalamualaikum w.b.t , Bismillahirrahmanirrahim , satgi lepas ni tunggu dulu , jangan keluar lagi , harini kamu makan lambat sikit , ustaz dah maklumkan kat dewan makan . . . Saudara kita Arif Rusdi telah meninggal dunia semalam , kita akan solat jenazah sebelum jenazahnya dibawa pulang ke Kedah " .
Aku terdengar perkataan ' MENINGGAL ' , Air mata turun dengan laju . Ya Allah , sebak . Tak mampu tahan , Kami buat tahlil untuk arwah . Kami naik kemas semua barang dia , kami tunggu untuk sambut jenazah dia , Tiba masa untuk sembahyang , tiba tiba ayah Madrep berdiri di sebelah aku , Ya Allah , aku dah tak boleh tahan . Air mata mengalir lagi . Aku sembahyang dalam keadaan tersedu sedan .
Lepas selesai sembahyang , Jenazah sahabat kami yang dicintai kami angkat masuk ke dalm Ambulans untuk dibawa pulang ke Kedah . Kami tak sempat untuk melihat wajahnya . Kami semua tak mampu menahan air mata dan riak wajah menangis , kami lepas segalanya . Aku salam dengan ayah dia , sebak . Kami hanya melihat Ambulans berlalu pergi membawa jenazah insan tersayang .
Kami mintak kebenaran ust. untuk pi tengok jenazah dia di Hutan Kampung , Alor Setar . Kami dibenarkan dengan waris , semua pakat call waris masing masing . Aku , Haikal , Pidep dan Aidil tumpang Ilham . Kami bertolak bersama sama Abah , Cikgu Mawaddah , Cikgu Sakinah . Jam 12 lebih , kami sampai .
Kami terlihat tok guru kami , Ust . Azhari dan Ust . Hafiz , kami bersalam dengan ust. , kami salam dengan ahli keluarga Madrep . Selesai bersalam , kami masuk untuk lihat jenazahnya . Aku sayu melihat wajahnya yang pucat , bercampur gembira kerana wajahnya tersenyum nampak gigi macam dalam gambaq . Kami berdiri di sisi jenazah dan berdoa . Aku keluar . Aku termenung jauh , Aidil dah menangis , haikal memujuk . Tunggu sat , rombongan satu lagi sampai . Depa pon masok tengok . Depa kata boleh cium . Aku bergegas masuk semula . Kami baca doa , Aidil cium dulu dahi dia , kemudian aku . Aku cium lama dahi dia sambil berkata dalam hati , " Dulu hg takdak selimut mai cari aku , tapi sekarang hg dh ada selimut sendiri , Semoga berjumpa lagi Sahabat " . Dan aku tepuk dahi dia perlahan lahan tanda yang terakhir , sebab masa hayatnya kalau dia buat salah aku memang tampaq ja dahi dia . Tapi , itulah kali terakhir .
Kami mengangkat jenazahnya dan masukkan ke dalam van , kami duduk pegang keranda dalam van tu , sambil baca fatihah dan selawat . Sampai di masjid , kami letak jenazah di satu tempat dan kami masuk untuk tunaikan kewajipan sebagai hamba yang masih hidup , Solat Jumaat . Setelah habis doa , kami mengankat jenazah untuk diletakkan di depan Imam . Kami sembahyang jenazah , dan aku pandang ke belakang , MasyaAllah , ramainya .
" Apa yang kamu mahu kata pada jenazah ini ? "
" Baik " . Jawab jemaah . Tok imam mengulang soalan itu 3 kali .
Kami angkat semula jenazah bawak masuk ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan , Jenazah diturunkan , penutup kayu dibuka , aku pegang kakinya untuk diletakkan ketulan tanah bagi jasad mengiringi kiblat . Jenazah diurunkan ke dalam liang lahad , aku buka kasut dan lipat hujung kaki dan seluar , tarik tanah untuk tutup kerandanya , begitu juga dengan yang lain . Kami tak fikir kotor apa dah , kerana tanah tu lah asal kita .Kasut kotor boleh basuh atau beli lain , tapi kawan cuma sorang . Kami kebumikan dia disaat matahari terpacak di atas kepala dan angin bertiup dengan lembut , Damai .
Setelah selesai , Imam mebaca talkin , Berdoa , dan Siram pusaranya , mula mula ahli keluarga Madrep , kemudian giliran kawan kawan pula . Kami siram sambil selawat . 3 kali . Kami menghembuskan nafas lega . kerana urusan kebumikan sahabat yang kami cintai sudah selesai . Alhamdulillah .
Madrep ,
Kita duduk dorm sekali dah 2 tahun , Aku dgn Kerel cukup kenai hang macam mana , kita melawak sekali , Aku ngn kerel tampaq dahi hang bila merapu , lawak tak jadi , tak gol , bola kena sailang ( Pes Online ) . Kita hafal sama2 , tidur sama2 , Kita share bantal . Kalau hang takdak selimut , hang rembaih selimut aku , sampai aku selsema . Kita gelak sama2 . Tenanglah kau disana , Syurga milikmu Sahabat . Andainya aku ditakdirkan ke neraka ,datanglah cari aku dan katakanlah pada Tuhan , Bahawa Aku sahabatmu .
Kau syahid disaat manusia susah untuk mendapatkannya .
اللهم اغفرله ورحمه وعافه وعف عنه
Kau bintang syurga , Sahabat .
Tunggu aku di pintu syurga
Muhammad Arif Bin Mohd . Rusdi .
25 Ogos 2017 .
Kepada pembaca , mohon jasa baik semua kita sedekahkan arwah Al-Fatihah , tak rugi .
Yang benar ,
Sahabatmu
Allahu, tabah, doakan dia.
ReplyDelete😭
ReplyDeleteAl fatihah..sntiasalah sedekahkan al fatihah utk sahabat adik, arwah mohd arif..
ReplyDeleteSedihnya. Meleleh air mata walaupun tidak mengenali. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman.
ReplyDeletesubhanaallah .Ya Allah ..Banykkn bersabar adik .
ReplyDeleteDah baca tapi tak faham ! Kenapa dia meninggal yee apa punca nya kematian nya hadoi boleh terangkn
ReplyDelete