Assalamualaikum , ahh sebelum tu , nak bagitau , Festival Nasyid pada tahun ini , tahun 2018 kan , haa , merupakan tahun pertama untuk maahad sertai pertandingan ni , setelah sekian lama tak masuk-masuk , Kami mencuba ....
13 Mac 2018
Kami bangun subuh seperti biasa , solat berjemaah di surau , semua orang solat kan ? haa , cuma yang specialnya sebab tak pi perhimpunan asrama pagi-pagi . Kalau aku malas sangat , Aku tidoq ja . Tapi sebab hari tu hari yang bermakna sangat , Aku kuatkan semangat . Bakul mandi aku pegang dan of course la pi mandi , takkan main takraw pulak .
Setelah selesai mandi , aku melangkah masuk ke dalam dorm dan terlihat budak-budak nasyid dah hensem memakai baju melayu , tinggal aku ja yang masih bertuala ( bertuah senior ) . Hehehe , Iqbal , Tekong kami semua siap berpakaian baju melayu hijau . Ustazah pesan 7.15 datang sekolah untuk angkat alat muzik . Aku lihat pada jam dinding , 7.25 . Ahhh biasa lah aku , laju aku memakai baju . kasut kulit berkilat disarung , langkah dilajukan ke sekolah , sampin di bahu , songkok dipegang , kami ke sekolah .
Sampai di sekolah , Alhamdulillah alat muzik dah dikeluarkan daripada bilik simpanan.Kami mengangkat alat muzik ke dalam kereta Ustazah Jusmira.Agak berat tapi sebab dah biasa dan budak maahad kaya dengan sikap kerjasama dan sado-sado semuanya , kerja menjadi lebih mudah alhamdulillah . Buat pengetahuan yang tak tahu lagi , Majlis Tilawah Quran dan Festival nasyid ni diadakan di SMK TELOK KUMBAR , sekolah besaq tu , haaa . kami semua naik kereta ustazah alha untuk ke sana . Pendaftaran yang dijanjikan pukul 8 .
Dah sampai , kami turun kereta , tengok sekeliling sekolah , excited plus gemuruh haa . Sapa tak takut kan ? Hahahaha . Kami tengok sebelah , Ada sekolah yang ramai-ramai pakai baju melayu warna biru . Mestilah nasyid , mana ada orang ramai-ramai pakai baju melayu masuk tilawah quran . First impression , sombong tahap ahh , set-set ni usha padat ahh . Kami tengok muka-muka budak pandai ni , sah-sah MRSM . Memang sekali tengok , kami boleh cam MRSM . Tak pa la . Budak-budak buku kan , mana nak kawann dengan kita . Kami angkat alat muzik turun dan letak di tepi . Gilaran Maahad Al-Mashoor Al-Islami yang ke 7 daripada 8 sekolah .
Kami dijemput masuk ke dewan untuk diberi taklimat , setelah kami berpecah ke tempat masing-masing , Pertandingan dimulakan dengan menjemput sekolah yang pertama . Banyak bendsa baru yang kami dapat daripada pertandingan ni . Aku cuba menganalisis ( cewah ) apa yang boleh diambil untuk diletakkan dalam kumpulan kami . MRSM juara bertahan , memegang giliran kelima , Kami mengambil peluang untuk melihat persembahan juara . Awal-awal lagi aku dah makan pressure bila dengar tekong MRSM tarik , MasyaAllah . Gaya kalau boleh penuh dewan . Haaa nak kata bergerak tu . Bagi aku memang susah , maklumlah juara bertahun-tahun . Setelah selesai MRSM membuat persembahan , kami keluar dari dewan untuk membuat persediaan .
Haaa ni nak habaq , Salah seorang ahli kami masuk pertandingan tilawah dan sebaik sahaja dia sampai , kami terus dijemput untuk membuat persembahan . Aduh , memang tak sempat . Kami akur . Kami mengangkat alat muzik naik ke pentas , masa tu kelenjar pituitari meransang kelenjar adrenal untuk merembeskan hormon adrenalina . Pehhh . Takut , gemuruh semua ada . Kami duduk di atas kerusi dan mainkan alat muzik . Kami membuat persembahan tanpa ada sebarang kesalahan dan aku berpuas hati kerana ini kali pertama persembahan yang takdak kesalahan . Kalau ada pun , Juri tak perasan. Setelah selesai , kami turun dari pentas dengan nafas lega kerana selesai .
Kami bercadang untuk melihat pertandingan hafazan yang diwakili oleh Muhammad , tapi apakan daya .Dia pun dah selesai . Kami patah balik ke dewan . Dan masa tu la , budak-budak genius tu tegur kami , panggil pon mmacam apa lagi . Macam panggil awek tu ( yang muncung bibir ke depan . Haa try la ) Haa macam tu la kami dipanggil . So , ok tak pa la , salam-salam . pastu kami ke dewan dan lapar . Kami ambil makanan dalam kereta Bonda tercinta , dan makan di kantin sekolah . Dah kenyang , kami kembali ke dewan . Haa part ni paling aku tak suka . Kami tunggu perasmi datang , Ya Allah , Lamanya . Aku boleh dua kali tertidur , Yang lain rebah .
Setelah perasmi sampai , Majlis dimulakan dengan bacaan doa supaya majlis diberkati , kemudian ucapan pengetua SMK TELOK KUMBAR dan ucapan perasmi . Kalau tak silap perasmi sebahagian daripada orang PPD BARAT DAYA , entah la . Kami masa tu dah beban , semua nak balik . Masa tu jugak la Ustazah Syakirah sampai .
Dan masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta , penyampaian hadiah . Dimulakan dengan hafazan , syarahan dan tilawah . Dan tibalah masa yang paling gemuruh dan merupakan kemuncak gemuruh kami semua , Jujur aku cakap , Aku tak suka dengar bila keputusan diumumkan , takut , Hahaha .
" Bagi pertandingan nasyid , tempat ketiga jatuh kepada ....... SMK TELOK KUBAR 2 "
Kami tepuk tangan .
" Naib johan bagi pertandingan nasyid , jatuh kepada .... Maaaa "
Aku redha .
" Maaaaaktab rendah sains MARA dengan markah 81 % " .
Aku mengangkat kepala kembali . Kami menepuk sekuat hati setelah tempat kedua diumumkan .
" Johan bagi pertandingan nasyid , dengan jumlah markah 89 % , jatuh kepada MAAHAD AL-MASHOOR AL-ISLAMI "
Kami bergegas bangun dari kerusi untuk naik ke pentas mengambil hadiah . Setelah selesai , mesti la nak ambil gambar kan kan kan , sapa yang takmau . HAHAHA , kami bergambar beramai-ramai dan budak maahad ja . Alhamdulillah Maahad hanya ambil tempat pertama dan kedua ja untuk semua pertandingan . Kami balik dengan gembir kerana terlepas sudah beban yang ditahan . Kami tidur dengan lena apabila sampai di asrama . Alhamdulillah
Sekian , Terima kasih

Soutul Ittihad 2018
Hahahahahahahahaha habih stai ahhh kalenjar² semua masuk sekali
ReplyDelete