Sejarah


                          Rajah 6.1 menunjukkan muka-muka pelajar yang berjaya dalam sejarah          
         
           " Ya Allah panasnya . Madrep mula bersuara . Kami berlegar-legar di sekitar  Fort Cornwallis yang padat dengan manusia seperti sarang semut untuk mencari maklumat bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus PT3 Sejarah .                   

          " Nama pon Ramadhan , Tahan ahh sikit . Tengah hari dah ni " . kata Adli . Aku hanya menjeling . Betapa hebatnya hambamu ini ya Allah , boleh tahan panas time tu . Aku cuba bersangka baik . Puasa bukanlah penghalang untuk aku menyeberangi laut nak buat sejarah . Tetapi kerana ramainya Non Muslim yang minum air water cooler tempat kami lepak . Semua terliur . Boleh jatuh pengsan .            
          
            Aku dan Aidil bertolak dari kulim pukul 8 pagi . Kami naik bas , feri dan jalan kaki ke Fort Cornwallis tersebut . Bila sampai ja di sana , Pintu masuk penuh . Dah la bayar masuk mahal , RM 10 . macam tak ada apa pon dalam tu . Kami ke sini hanya sekadar mengambil gambar sebagai bahan bukti . Dah macam Detective Conan pulak nak ambil gambar mangsa la tempat kejadian .                      

          Nak interview , penuh . Aku malas untuk berlanggaran kerana takut tersentuh benda lain . Aku hanya tunggu di luar . Selesai sembahyang zohor , aku duduk di bangku sambil berzikir . Melihat sekeliling , ada orang Cina , India dan Melayu sendiri . Masing-masing sibuk menulis . Nak dapat A la katakan . Aku hanya duduk termenung melihat kawan-kawanku . Kadang-kadang bergelak tawa , bertanya khabar dari sekolah lain .             

            Keringnya tekak pada masa itu , hanya Allah saja yang tahu . Tekak kering , panas lagi , sempit pulak dengan manusia . Aku dah berapa kali basuh muka kat tandas . Kami lepak-lepak dulu dekat tandas sebab tandas ada aircond , kira tandas tu macam pak kami punya ahh . Keluar tandas , Aku mula mengemas barang dan tunggu Aidil untuk balik ke rumah . Selesai Aidil interview , Kami pun pulang ke rumah dengan keadaan masih berpuasa . Alhamdulillah 





Comments