Oversea

           " Kalau kita nak pi luaq negara , apa yang kita akan bawak ? "  Tanya Adli berteka-teki .

Ramai orang mula mengerumun Adli dek kerana nak jawab soalan dia tu . Tambahan suara dia pulak kuat . 
            " Mesti la pasport , kalau takdak pasport macam mana nak pi "
            " Baju sejuk , takdak tu menggigil la kat negara orang " 

Bermacam-macam jawapan , 

         " Memang kita akan sediakan barang-barang penting macam hampa semua bagi tadi , pasport , tiket flight , baju sejuk . Pendek ceritanya kita mesti sedia semua kelengkapan untuk kita pi luaq negara " . 
   
          " Sebelum ke negara orang , memang kita akan buat persediaan yang rapi . Tapi bagaimana dengan akhirat ? Adakah kita buat persediaan yang rapi sebelum ke sana ? "

Semua terdiam , sentap rasanya . 

           " First sekali masa kita sampai kat negara orang mesti kena check pasport dulu , Tapi kat akhirat nanti , pasport kita tu ialah solat kita . amalan pertama yang akan dicheck . sempurnakah ? Kalau di negara orang kita pakai baju sejuk , tapi di sana apa yang akan menjadi pakaian kita ? Taqwa . Sejauh mana ketaqwaan kita ? Sebanyak mana pakaian taqwa ni nak tutup diri kita yang telanjang di depan Allah nanti ? " Terang Adli panjang . 

Kalau nak pi overseas , kita yang tetapkan tarikh dan kita tau tarikh tu bila . Tapi mati ? Kita taktau bila , di mana dan bagaimana . Anytime ja boleh . Tapi kalau Tak sedia macam mana ? 

Allahu ...




Comments