Maksar Takraw 2017


                        Rajah 3.2 menunjukkan atlet-atlet yang akan mewakili Malaysia ke Olimpik .


Okeh , Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh , Akif want me to write about this . So , ok .

         Hari sabtu yang dulu-dulu punya , kami pi lawan takraw dekat Kolej Vokasional Seberang Perai Utara , BM . Ni , kawasan-kawasan Pidep ahh nii . Semua dalam genggaman dia . Hahahaha . Kami pi dengan kereta mewah iaitu wish ustazah alha ( Permainan lain mana ada naik keta ) dengan dipandu oleh jurulatih kami , Ustaz Faiz yang hensem lagi kacak , Eh2 sorry , kacak untuk Adli ja . Hahahaha takpa halai ahh . 

          Dalam kereta , Anas , Suhail , Iffat , aku , Pakya , Kaie , Suhail dan Nabil . Pidep , Syawal dan Adib pi sendiri ahh . Dah besaq katanya . Apabila tiba , kami terpandang dua jasad yang sangat kami kenali , sebab takdak kat tempat lain dah . Hahahahaha . Pidep dan Syawal . Kami bersalam-salam peluk-peluk cium ( Errrr ) kami masuk ke dalam dewan . Ambik borang untuk isi nama . 

" Weyh meh kami main set B ahh " 

" Mana boleh , set hampa pro " Kata Anas .

          Aku mengalah . Selesai isi nama , Pertandingan dimulakan dengan taklimat dan bacaan doa . Macam biasa , Maahad kena tiap-tiap tahun . Adib yang dipanggil untuk membacakan doa . Selesai Bacaan doa , Pertandingan dimulakan . 

            Perlawanan pertama , MMI A bertemu dengan MMU A . Tiada masalah untuk kami bermain walaupun dengan kasut Nanyang yang terlebih legend  tu ( Terkoyak ) . Kami berjaya mengalahkan MMU dengan straight set . MMI B menentang Irsyadiah B , agak sukar sebab semua makan pressure , Hahahahaha . Kami sokong dari belakang , menjerit bagaikan ayam yang nak terputus leher . Tak larat . Alhamdulillah mereka menang walaupun permainan penuh dengan emosi . 

             Masalah bermula di game kedua . Badanku mula rasa panas . Ingat nak jadi Fantastic 4 yang api tuu . Hehehehe . Kepalaku mula pening . Peluh menitik dengan banyak . Tenaga hilang ( Mitokondria tak cukup la kot ) . Aku sedang demam ketika perlawanan . Regu kami mula bermasalah kerana tiada suara yang kedengaran menyebabkan kekeliruan . Tambah pulak Ibrah main botoi . Aku bertambah bara . Tidak sengaja aku killer kena muka killer Ibrah . Alhamdulillah , terbalas dendam ku . Hahaha . Ibrah berjaya mengheret kami ke perlawanan ketiga . Tapi Alhamdulillah kemenangan di pihak kami . 

              MMI B menentang MITAJ B , hahahaha agak sengit . Time tu aku sedang makan . Rehat dek demam tadi . Aku lihat Suhail bertindak sebagai Feeder dengan cemerlang . Angkat bola macam Patrapong . Aku tergamam tengok bola tu . Hmmmm . Adib mula tekong tak masuk . Risau . 

   " Anas , baling luaq sikit " Kata kami . 

               Setelah tidak berapa lama , Hmm lama la jugak . MMI B tewas dengan MITAJ B . Takdak rezeki la orang cakap . Nak buat macam mana kan . 

                Perlawanan seterusnya , MMI A bertemu dengan MITAJ A , " Aduuuuuuuuhhh " Aku mengeluh sebab demam tak kebah lagi dah kena main . MITAJ A , tahun lepas pun kami kalah dengan depa ni . Memang pro ahh depa nii . Sabaq ja lah . Permainan agak sengit di set pertama . Aku block sana block sini , macam De Gea . Hehehehe . Kami follow rapat mata depa macam follow insta . Tapi apakan daya , Nak kata takdak rezeki la , kami tewas . begitu juga di set kedua . Aku sudah tidak mampu menahan rindu , eh eh menahan demam tu . Aku orang last yang balik dari dewan tu . Tunggu punya lama , Mak aku sampai . aku pun balik . 

                Tahun ni mungkin takdak rezeki , InsyaAllah kami akan cuba lagi tahun hadapan . Semangat juang kami tak pernah luntur bukannya seperti kotoran yang luntur bila kena sabun pencuci ( Iklan Dynamo ) Haa setakat itu sahaja la kot . 





Sekian  , Terima Kasih . 

               








Comments