Pakcik Penjual Kerepek

     " Weyhh , jom berhenti makan dulu , Aku lapaq ahh " Kata Iqbal .

 Mana tak laparnya , dia drive dah dekat tiga jam tak berhenti . Aku pun angguk sebab aku pun lapar . Hehehe . Kami berhenti di sebuah restoran . Masa cari parking , mata aku tertumpu pada jasad seorang pakcik yang bawa dua bakul penuh dengan kerepek , jual rasanya .

     " hang tengok pa ? " Tanya Iqbal . 

     " Tuuu , usha tuu . Nampak dak ? "  

    " Haa , weyh Fellay , pi ahh beli kat pakcik tu . Kesian kat dia " . 

Pakcik itu berjalan dari kereta ke kereta , sampailah ke kereta kami . 

    " Anak , nak beli kerepek ? " Tanya pakcik tu . Mukanya pucat , mungkin sebab penat berjalan 

Aku melihat kerepek apa yang ada di dalam bakul tersebut . " Bagi saya dua kerepek pisang pakcik 

 " . Aku meminta . Iqbal hanya tengok saja . 

     " Semuanya RM 10 " 

Aku mengeluarkan duit RM 20 dari dompet dan bagi kat pakcik tu . 

     " Ini bakinya RM 10 , Terima kasih ya , nak " .

     " Eh , tak pa .bakinya pakcik simpan saja . Saya niatkan sedekah kat pakcik "

     " Betul ke ni , Alhamdulillah " lafaz pakcik tu . Tiba-tiba matanya berair . Aku mula risau kalau aku ada tersilap cakap . Iqbal pulak tengok aku macam aku ada buat salah .

     " Kenapa ni , pakcik ? " Aku bertanya 

     " Pak cik  terharu sebab dari pagi tadi pakcik cuma dapat jual 4 paket ja , termasuk yang nak beli ni . Lepas tu , anak sedekah pulak kat pakcik " . Jawab pakcik tu . Allahu , terpancar keluhuran budinya . 

     " Hmmm , tak pa pakcik , dalam rezeki saya ada rezeki pak cik jugak . Allah yang bagi rezeki ni kat pakcik . Kalau boleh , saya nak tanya . Dah lama pak cik jual kerepek ni ? Keluarga pakcik kat mana ya ? " 

Kalau diikutkan logik , umur pak cik sebegini hanya berehat di rumah dan bermain dengan cucu-cucu , tapi pak cik ni masih lagi keluar mencari rezeki . Iqbal mengangguk setuju . 

     " Rumah pakcik tak jauh dari sini . Pak cik tinggal dengan isteri ja " 

     " Anak-anak pakcik ? " Iqbal bersuara . 

      " Hmm anak pakcik 4 orang . Doktor , Engineer , peguam dan akauntan . Tapi , dah lama diorang tak balik jenguk kami , sebab tu lah pakcik kena ual kerepek , untuk sara hidup kami berdua " 

Allahu  

Kesimpulan : Jadi anak-anak kat  luaq sana , hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada . Berbaktilah kepada mereka sedaya upaya . Tanpa mereka tiadalah kita . Teruskan usaha menjadi anak yang soleh dan solehah kerana tidak lain dan tidak bukan , Mereka hanya mahu kita mendoakan mereka apabila mereka sudah tiada di dunia yang fana ini . 

Comments

Post a Comment